Mengenai Kami

Mengenai kami

Auradiva Worldwide Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 1 Oktober 2017 dan premis perniagaannya terletak di Sajujana Utama, Sungai Buloh, Selangor. Di asaskan oleh Puan Siti Hajar Binti Aziz, seorang yang amat berminat dalam bidang perniagaan dan produk-produk makanan tambahan yang benar-benar dapat memberi manfaat kepada pengguna-pengguna yang amat memerlukan. Di Aura Diva, pemilihan kilang dan proses pembuatan produk amat diberi perhatian dan diteliti supaya sentiasa mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oeh kerajaan.


VISI
Komited terhadap kesihatan dan membantu rakyat Malaysia menperkayakan hidup melalui produk berkualiti dan peluang perniagaan yang melangkaui sempadan.

MISI
Melahirkan para usahawan yang professional, dalam menjiwai perniagaan sebenar serta menawarkan perkhidmatan yang terbaik di samping produk yang berkualiti tinggi.

OBJEKTIF

  1. Memasarkan produk berkualiti dan semula jadi yang menyokong kesihatan alam sejagat.
  2. Membantu insan lain meneroka potensi diri untuk mencapai matlamat mereka melalui penawarkan produk yang lebih baik dan peluang masa depan dan seterusnya berkongsi dengan masyarakat untuk mencapai Kejayaan yang Cemerlang.
  3. Menjadi sebuah syarikat bumiputera yang berdaya saing dan kompetitif dalam dunia perniagaan yang sangat mencabar.
  4. Akan membimbing dan memberi latihan berkongsi pengetahuan agar dapat mendorong ahli Aura Diva dengan cara yang betul untuk memastikan pendapatan masa hadapan terjamin.
  5. Menambah baik kehidupan bersama, memberi kelebihan kepada individu untuk memperoleh kesihatan dan kebahagiaan.
  6. Membantu ahli Aura Diva merealisasikan impian untuk mencapai kehidupan yang baik dan menjadi kenyataan.